Tuesday 1 April 2008

Yatim

Yatim

(2:177, 215, 220) Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.

Text Box: Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.(Albaqorah, 2:83)

Mereka bertanya kepadamu tentang apa yang mereka nafkahkan. Jawablah: "Apa saja harta yang kamu nafkahkan hendaklah diberikan kepada ibu-bapak, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan." Dan apa saja kebajikan yang kamu buat, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.

tentang dunia dan akhirat. Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu menggauli mereka, maka mereka adalah saudaramu dan Allah mengetahui siapa yang membuat kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(4:2, 3, 6, 8, 10, 36) Dan berikanlah kepada anak-anak yatim (yang sudah balig) harta mereka, jangan kamu menukar yang baik dengan yang buruk dan jangan kamu makan harta mereka bersama hartamu. Sesungguhnya tindakan-tindakan (menukar dan memakan) itu, adalah dosa yang besar.

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

Dan apabila sewaktu pembagian itu hadir kerabat, anak yatim dan orang miskin, maka berilah mereka dari harta itu (sekedarnya) dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik.

Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka).

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,

(6: 152) Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfa`at, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil kendatipun dia adalah kerabat (mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat,

(17: 34) Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfa`at) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.

(Al-Hasyr 7) Apa saja harta rampasan (fai-i) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya yang berasal dari penduduk kota-kota maka adalah untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan, supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu. Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.

(Aduha 9) Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

Hadits Bukhori Muslim meriwayatkan tentang yatim pada kitabnya No.

55 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah telah bersabda: Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina

366 Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Bahawa neneknya yang bernama Mulaikah telah mengundang Rasulullah s.a.w untuk memikmati suatu makanan yang telah disediakan untuk baginda. Lalu Rasulullah s.a.w memakannya. Kemudian baginda bersabda: Berdirilah kamu aku akan bersembahyang bersama kamu. Anas bin Malik berkata: Dihamparkan kepada kami sebidang tikar yang telah hitam kerana telah lama digunakan, lantas aku merenjiskan air ke atasnya kemudian Rasulullah bangun, manakala aku berdiri dalam satu saf bersama anak yatim dibelakang Nabi s.a.w sementara orang tua berdiri dibelakang kami. Kami sembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua rakaat kemudian baginda beredar

377 Diriwayatkan daripada Imran bin Husain r.a katanya: Aku pernah bersama Nabi s.a.w dalam suatu perjalanan sehinggalah lewat malam. Setelah hampir waktu Subuh, kami berhenti lalu tertidur sehingga matahari terbit. Imran berkata lagi: Orang yang mula-mula terjaga dari kalangan kami ialah Abu Bakar, kami tidak mahu membangkitkan Rasulullah s.a.w dari tidurnya kecuali baginda sendiri yang bangkit. Kemudian Umar bangkit lalu berdiri di sisi Rasulullah s.a.w seraya bertakbir dengan suara yang lantang menyebabkan Rasulullah s.a.w tersedar. Ketika baginda bangkit, matahari telah terbit lantas baginda berkata: Berangkatlah! Lalu kami pun meneruskan perjalanan sehingga matahari tinggi, Rasulullah s.a.w turun dari tunggangan dan sembahyang Subuh bersama kami kecuali seorang lelaki yang memencilkan diri. Setelah selesai dari sembahyang Rasulullah s.a.w bertanya kepada lelaki tersebut: Wahai Si Polan! Apakah yang menegah engkau dari sembahyang bersama kami. Beliau menjawab: Wahai Nabi Allah! Saya dalam keadaan berjunub. Maka Rasulullah memerintahkannya supaya bertayamum, lalu lelaki tersebut bertayamum dengan tanah dan bersembahyang. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan aku bersama beberapa orang agar berjalan dengan cepat mendahului rombongan untuk mencari air kerana kami telah kehausan. Ketika kami berjalan kami telah berjumpa dengan seorang perempuan di atas unta dengan menjuntaikan kakinya dan duduk di antara dua buah qirbah iaitu bekas yang dibuat dari kulit untuk mengisi air. Lalu kami bertanya kepadanya: Di mana kami boleh mendapatkan air? Perempuan tersebut menjawab: Air susah dicari, air susah dicari, tidak ada air untuk kamu. Kami bertanya: Berapa jauhkah perkampungan kamu dengan tempat air? Perempuan itu menjawab: Perjalanan sehari semalam. Kami berkata: Pergilah engkau menemui Rasulullah s.a.w. Perempuan itu berkata: Apa itu Rasulullah? Oleh kerana susah untuk menjelaskan kepadanya maka kami berjalan bersama-samanya mengadap Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya dan dia menjawab sebagaimana jawapan yang telah diberikan kepada kami tadi, perempuan tersebut menerangkan bahawa dia adalah ibu kepada dua orang anak yatim. Rasulullah memerintahkan supaya unta perempuan tersebut diperdudukkan kemudian Rasulullah s.a.w meludah ke dalam kedua-dua qirbah tersebut. Selepas itu baginda membangunkan unta perempuan tersebut dan kami semua meminumnya. Padahal kami semuanya berjumlah empat puluh orang yang semuanya dalam kehausan sehinggalah kami merasa segar. Kami mengisi segala bekas yang ada bersama kami, bahkan ada di kalangan kami yang mandi, cuma kami tidak memberi unta minum. Namun begitu kedua-dua qirbah itu masih penuh, bahkan airnya makin bertambah. Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda: Kumpulkan segala sisa-sisa bekalan kami seperti roti dan kurma. Lalu kami mengumpulkan semua itu ke dalam bekas, diikat dan diserahkan kepada perempuan tersebut seraya baginda bersabda: Pulanglah dan bawakan makanan ini kepada anak-anak kamu. Ketahuilah bahawa aku tidak mengurangi sedikit pun dari air kamu. Ketika perempuan itu pulang ke rumahnya dia telah menceritakan peristiwa tersebut kepada keluarganya: Aku telah menemui seorang ahli sihir yang mahir atau seorang Nabi sebagaimana yang didakwa olehnya. Akhirnya Allah berkenan memberi petunjuk kepada beberapa keluarga dengan berkat jasa bakti perempuan tersebut. Mereka dan juga perempuan itu sama-sama memeluk agama Islam

548 Diriwayatkan daripada Zainab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Bersedekahlah kamu wahai kaum wanita meskipun dari perhiasan kamu. Setelah aku kembali kepada Abdullah r.a aku berkata: Engkau adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai banyak harta, sedangkan Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kami supaya bersedekah. Oleh itu pergilah berjumpa baginda dan tanyakanlah sekiranya benar begitu iaitu adakah memadai aku bersedekah kepadamu. Sekiranya tidak, aku akan memberikannya pula kepada orang lain. Zainab berkata: Abdullah berkata kepadaku: Engkau sahajalah yang pergi menemui baginda! Zainab berkata: Lalu aku pun berangkat. Ternyata di hadapan pintu rumah Rasulullah s.a.w sudah ada seorang wanita dari golongan Ansar yang sama tujuannya denganku. Zainab berkata lagi: Rupanya pada waktu itu Rasulullah s.a.w merasa segan. Zainab berkata: Lantas Bilal keluar menemui kami. Kami pun berkata kepadanya: Temuilah Rasulullah s.a.w dan sampaikan kepada baginda bahawa ada dua orang wanita di hadapan pintu yang ingin bertanya: Adakah memadai sedekah mereka berdua diberikan kepada suami mereka dan kepada anak-anak yatim yang berada dalam tanggungan mereka? Tetapi janganlah beritahu siapa kami. Zainab berkata: Lalu Bilal masuk menemui Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bertanya kepada Bilal: Siapakah mereka berdua? Dia menjawab: Seorang wanita dari golongan Ansar dan Zainab. Rasulullah s.a.w bertanya: Zainab yang mana satu? Bilal menjawab: Isteri Abdullah. Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya: Mereka berdua mendapatkan dua ganjaran iaitu ganjaran kerana kaum kerabat dan ganjaran sedekah

1492 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sebaik-baik wanita yang menunggang unta salah satunya ialah wanita Quraisy yang soleh dan yang keduanya ialah wanita Quraisy yang berbuat baik kepada anak yatim yang masih kecil dan mengurus sendiri keperluan suaminya

1734 Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Urwah bin az-Zubair katanya: Urwah bertanya kepada Saidatina Aisyah mengenai firman Allah Yang bermaksud: Sekiranya kamu tahu kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan-perempuan (lain) dua, tiga atau empat. Saidatina Aisyah menjawab: Wahai anak saudaraku dia ialah anak yatim yang hidup bersama walinya (penjaga), makan dari harta walinya (penjaga). Apabila dewasa walinya (penjaga) tertarik dengan harta dan kecantikkannya dan ingin mengahwininya tanpa memenuhi maskahwin yang biasa diberikan kepada gadis lain. Oleh sebab itu, para wali (penjaga) tidak dibenarkan mengahwini anak-anak yatim melainkan mereka berlaku adil kepada anak-anak yatim dan memberikan maskahwin lebih banyak daripada gadis lain dan mereka diperintah mengahwini gadis yang sesuai dengan mereka selain anak-anak yatim itu. Urwah menyambung lagi, Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Sahabat bertanya Rasulullah s.a.w tentang fatwa berhubung dengan anak-anak yatim selepas turunnya ayat ini. Allah menurunkan ayat Yang bermaksud: Mereka semua bertanya meminta fatwa tentang perempuan, beritahulah kepada mereka bahawasanya Allah memberi fatwa kepada kamu berhubung dengan masalah mereka iaitu anak-anak yatim dan apa yang telah dibaca kepada kamu dalam al-Quran mengenai masalah anak-anak yatim perempuan yang kamu tidak berikan kepada mereka harta mereka dan kamu mahu mengahwini mereka. Aisyah berkata: Firman Allah Taala Yang bermaksud: Dibacakan kepada kamu dalam kitab, merupakan ayat pertama yang disebut oleh Allah tentang perkara ini. Firman Allah Taala Yang bermaksud: (4:3) Sekiranya kamu tahu tidak dapat berlaku adil terhadap anak-anak yatim maka hendaklah kamu mengahwini perempuan (lain) yang setaraf dengan kamu. Asiyah berkata lagi: Firman Allah dalam ayat yang lain Yang bermaksud: (4:127) Dan kamu ingin mengahwini mereka seperti seorang yang tidak ingin mengahwini anak-anak yatim perempuan yang miskin yang tinggal bersama mereka. Oleh itu mereka ditegah mengahwini gadis-gadis yatim kerana ingin memiliki hartanya dan kecantikannya melainkan mereka berlaku adil lantaran mereka tidak ingin mengahwini gadis-gadis yatim yang miskin

1735 Hadis Saidatina Aisyah r.a: Tentang firman Allah Yang bermaksud: Sesiapa iaitu wali (penjaga) yang menjaga anak-anak yatim yang miskin bolehlah dia makan dari harta anak yatim peliharaanya dengan baik, dengan katanya: Ayat ini diturunkan kepada wali (penjaga) harta anak yatim yang mengurus harta mereka. Mereka boleh mengambil harta tersebut sekiranya dia amat berhajat menggunakan wang tersebut.

Disusun Oleh Nandang Misbah

Narasumber Al-Qur’an

dan Hadits Riwayat Bukhori Muslim

Komentar
0 Komentar

0 komentar:

Post a Comment

.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More